Pelakon Adam Lee memaklumkan dirinya mengalami kecederaan sehingga patah tulang leher dan kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Adam berkata dia reda dengan apa yang berlaku serta berharap tahun hadapan akan lebih baik berbanding tahun ini.
BACA: Adam Lee Buang Jambang, Tak Mahu Disamakan Dengan Alif Teega
View this post on Instagram
“Tidak mengapa semoga tahun 2025 akan lebih baik dari tahun ini. Semoga saya cepat sembuh. Ingat pesan ibu, kau kuat Adam and kau kena kuat. Alhamdulillah untuk semua ini,” tulisnya.
Perkongsian Adam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen positif serta mendoakan pelakon itu akan segera sembuh.