Pelakon Adam Lee dilihat ada memuat naik gambar di Instagram dengan imej terbaru tanpa jambang pada wajahnya.
Apa yang menjadi perhatian kapsyen Adam pada posting berkenaan dimana dia meminta agar tidak menyamakan rupanya dengan pempengaruh media sosial, Alif Teega.
BACA: Kahwin Dua Aturan Allah, Alif Teega Bakal Temukan Aisyah & Fatin
View this post on Instagram
Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, isteri kepada pelakon itu iaitu Sweet Qismina turut meminta netizen tidak lagi menghantar mesej kepadanya menyamakan Adam dengan suami kepada Aisyah Hijanah itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Adam itu serta mengatakan pelakon itu lebih kacak.