fbpx

“Boyfriend Ruhainies Yang Bayarkan Semua Kos Libatkan Aliff…”

Nama Sarah Yasmine menggemparkan industri hiburan tanah air apabila tampil berani mendedahkan mesej perbualan kekasihnya, Aliff Aziz dengan wanita yang berhubungan dengan aktor itu.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Sarah mendakwa Ruhainies mempunyai teman lelaki dan lelaki tersebut membayar peguam melibatkan kes khalwat termasuk kos perbelanjaan Aliff berulang alik ke Kuama Lumpur.

BACA: Sarah Yasmine Dedah Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Masih Berhubung

@astrogempak

So, selama ni boyfriend Ruhainies yang tanggung semuanya? So Ruhainies ada 2 boyfriend la eh? Ke macam mana ni? Makin panas kisah skandal Aliff Aziz dan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine ni. Ish pening lah! Jom layan dulu full interview sekarang. GMW: Lancang Bethol ? Eksklusif di semua platform Astro Gempak ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/bln (JIMAT 30% – tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99). WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838. Strim pelbagai konten hiburan dan top trending drama lokal & international di sooka: https://s.sooka.my/FBgDFH Download sooka sekarang: ? App Store: https://s.sooka.my/lPPs9X ? Play Store: https://s.sooka.my/Q0fyrt #GMWLancangBethol #LancangBethol #GempakMostWanted #GempakMostWanted2024 #AstroBaharu #TakMacamDulu

? original sound – Gempak – Gempak

“Ruhainies ada boyfriend. Boyfriend dia yang bayarkan peguam, semua perbelanjaan Aliff ulang alik ke KL, kes khalwat dan semua yang ada kena mengena dengan Aliff. 

“Semua teman lelaki Ruhainies bayarkan tapi dekat Aliff, Ruhainies kata lelaki itu hanyalah bekas kekasih dia. Tapi takkan lah bekas teman lelaki nak tolong sedangkan dia tahu hubungan Aliff dengan Ruhainies,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata mungkin disebabkan pertolongan tersebut Aliff rasa terhutang budi dengan Ruhainies sehingga mengikut apa yang disuruh oleh aktres berkenaan.

“Kalau saya jadi Aliff pun saya akan dengar cakap, dah orang tu tolong. Saya faham Aliff, mungkin dia terhutang budi,” katanya.

Sementara itu, Sarah turut menyebut nama Sophia Albarakbah agar tidak berlakon suci serta mendakwa aktres itu pergi ke wartawan untuk mengatakan kononnya Aliff yang mencarinya tetapi dia tidak melayan sedangkan dia ada bukti sebaliknya.