Tujuh Tahun Menanti, Jehan Miskin & Isteri Bakal Timang Anak Pertama
Setelah tujuh tahun menjalani kehidupan rumah tangga bersama, pelakon Jehan Miskin berkongsikan berita gembira isterinya, Julie Camelia Rhee disahkan hamil anak pertama.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Jehan menerusi Instagram miliknya semalam. Dijangka bakal melahirkan zuriat pertama itu pada tahun hadapan, isterinya juga turut berkongsikan foto imbasan kandungan.
BACA: Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak
Isteri Jehan juga turut berkongsikan rasa teruja untuk melalui fasa kehamilan dan tidak sabar menantikan kelahiran anak pertama. Katanya lagi, dia dan suami tidak sangka mereka bakal menjadi ibu dan ayah.
Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta mendoakan urusan kehamilan dipermudahkan dan anak dalam kandungan baik-baik sahaja.
Untuk rekod, Jehan mendirikan rumah tangga dengan Julie Camelia Rhee, yang berasal dari Korea Selatan pada Mei 2013.
sabarnya merekakan.
tidak seperti Ashraf Muslim hingga lari ke siam belum pun sampai 2tahun kawin, tipu isteri sedang bertungkus lumus nak jadi doktor… lari dgn keluarganya.
macam nana nanti nasib anak2nya dengan bini ke 2nya yg putuskan tunang nakkan serap.
berjaya melepasi 5 tahun pertama sekatil dgn sabar .., dapat anak nnti byk peluang terbuka, imigresen pun sng nk approve apa2 permohonan..yg penting “betul dan sahih”..insyALLAH..
Alhamdullilah…tahniah…baik pasangan setia menanti
Alhamdulillah.. so happy for Jehan and Julie. Agree sgt dgn commentator Sarah.. haha.
camni la sabar.. sygkn pasangan.. ni idok kawin lain sbb bini x mengandung..puiii la
Sendu ya.. korang gi join www. cariforum . com . my …byk gosip kat seksyen ‘gosip tempatan’ lgi best masuk forum
ALHAMDULILLAH TAHNIAH YA…AAMINN
waaaaah tahniah. semoga dipermudahkan
Tahniah….. Seronoknya.. Hikmah.