Setiap kali pelakon Nur Fazura melancarkan koleksi tudung terbaru, pasti ianya mendapat sambutan luar bias dan akan habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan Fazura sedang melakukan tutorial memakai tudung namun tiba-tiba dia dilihat sebak apabila terlihat seorang wanita memakai tudung jenamanya. Fazura dilihat berteriak sebelum terdiam seketika kerana terharu dengan apa yang dilihat olehnya.
BACA: Fazura Berbesar Hati Tengku Permaisuri Selangor Pakai Tudung Harga RM27
@fazurafave dah bergenang air mata ? #fazura #tudungfazura #tudungbawal
Video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut sebak melihat reaksi Fazura itu serta memuji pelakon itu yang dilihat sangat menghargai mereka yang membeli tudungnya sehingga menangis.
Baru-baru ini, Fazura meluahkan rasa terharu apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mengenakan tudung jenamanya, Tudung Fazura berharga RM27 sahaja.