fbpx

Tudung dUCk Scarves RM2,500 Laris Dalam Sehari

Sebut je jenama dUCk, mesti akan terbayangkan koleksi tudung yang pernah menjadi bualan hangat dek kerana harga tudung yang dijual terlalu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit.

Dua tahun lalu, dUCk Scarves viral apabila tudung edisi terhad mereka berharga RM800 habis terjual dalam masa lima mnit sahaja. Tahun lalu pula, tudung monogram mereka berharga RM1,000 sehelai laku seperti goreng pisang panas.

BACA: 1 Juta dUCk Scarves Terjual Dalam Tempoh 4 Tahun

Nampaknya, tahun ini dUCk Scarves sekali lagi mencetuskan fenomena dengan koleksi The Luxe Chiffon Lace bernilai RM2,500. Apa yang membuatkan tudung ini mahal ianya bertatahkan 1,300 kristal xirius rose Swarovski buatan Austria.

https://www.instagram.com/p/BzklGoYhWkL/?utm_source=ig_embed

Difahamkan, tudung edisi terhad itu dijual dalam beberapa warna pastel dan empat daripadanya habis dijual pada jam 7.30 pagi. Lebih menarik, tudung ini juga didatangkan dengan kotak yang juga bertatahkan kristal.

https://www.instagram.com/p/BzcwXTsB-7Z/?utm_source=ig_embed

Apa pun boleh dikatakan ramai juga rakyat Malaysia yang kaya dan mampu membeli tudung tersebut. Tetapi perlu diingatkan, dUCk Scares bukanlah tudung termahal yang dijual di Malaysia, tetapi tudung Bawal Exclusive yang dijual dengan harga RM50,000.