fbpx

Tudung Baru Nora Danish Curi Perhatian

Inovasi. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana hijab keluaran Nora Danish mampu mengubah dunia fesyen Muslimah. Namun, hijab yang ada zip ini bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi warga laman sosial. Mana tidaknya, mana ada lagi tudung ada zip untuk tutup muka.

BACA: Nora Danish Bawa Isu Cukai Ke Peguam

Tudung dengan nama EZip ini kalau diikutkan kata Nora di Instagram, sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan atau boleh guna untuk tidur ketika dalam penerbangan. Bagi kami, jika anda anti-sosial, ini mungkin sesuai untuk anda.

Apa pun, kami kongsikan gambar dan juga beberapa luahan hati warga laman sosial terhadap rekaan terbaru tudung ini. Betul betul berani rekaan ini. Kami kagum, sangat kagum.

Jadi, apa pendapat anda? Kuat hati ini mengatakan akan ada parodi mengenai inovasi terkini ini. Tapi mungkin juga fesyen sebegini mampu menarik minat mereka dari luar negara. (rtky/s)