fbpx

Tudung Aliff Syukri Laris Sejak Intan Jadi Model

Sejak isu rumah tangga pemuzik bebas Ude dan isteri pertamanya, Intan Liana menjadi perhatian ramai, rezeki Intan dan anak-anak semakin mencurah-curah.

Terbaru, Intan dilantik sebagai wajah terbaru untuk tudung keluaran Datuk Seri Aliff Syukri.

BACA: Selepas Bercerai, Ramai Tawar Intan Liana Jadi Duta Produk

Menurut Aliff, beliau mengaku jualan tudungnya laris dan mendapat sambutan luar biasa selepas menjadikan Intan sebagai model tudung keluarannya.

“Kami lantik Intan sebagai model dan setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Bagi saya, Intan ada aura tersendiri sekaligus memberi impak baik terhadap jualan tudung kami.

“Untuk jualan koleksi terbaru kami ia meningkat naik sebanyak 50 peratus. Komitmen yang diberikan Intan pun bagus. Bagi saya dia wanita yang baik,” katanya kepada MH Online.

Tambah Aliff lagi, niatnya untuk mengambil Intan sebagai model adalah untuk membantu Intan yang merupakan ibu kepada dua orang anak.

“Saya mengambilnya sebagai model untuk membantunya juga. Dia mempunyai potensi untuk mengembangkan lagi bakat. Apa pun, masih banyak yang perlu dia belajar untuk menjadi lebih menyerlah,” ujarnya.