Kisah selebriti tiga segi ini nampaknya sudah mencapai satu fasa yang lebih menarik untuk di’ikuti. Fahrin Ahmad bakal saman Linda Onn.


Menurut Fahrin Ahmad, Linda Onn dalam sebuah akhbar mendakwa Fahrin pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta dan pengalaman yang sama turut dikongsi Scha al-Yahya.

Kepada yang tidak tahu, Scha al-Yahya juga merupakan bekas kekasih Fahrin Ahmad dan sekarang sedang berkawan baik dengan Linda Onn.

Fahrin Ahmad dijadual akan mengadakan sidang akhbar Isnin ini di Hotel Palace of The Golden Horses bersama peguamnya dari Tetuan Naufal & Co. untuk menjelaskan bentuk tindakan terhadap Linda Onn.



“Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas,” kata Fahrin Ahmad kepada Utusan Malaysia hari ini.

Nampaknya selepas ini Scha al-Yahya juga perlu lebih berhati-hati bila berbicara. Sekarang ini, apa pun orang boleh bawa masuk mahkamah.