fbpx

“Tuduhan Kafir Sangat Berat, Saya Masih Amalkan Agama Islam”

Pelakon sensasi, Fathia Latiff tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan dirinya bakal keluar daripada agama Islam. Menurut Fathia tuduhan kafir disifatkan sangat berat dan dia masih mengamalkan Islam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fathia berkata tuduhan keluar agama yang dibuat netizen hanya berdasarkan video di TikTok dan ianya tidak benar sama sekali.

BACA: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama” – Fathia Latiff Beri Amaran

“Saya masih mengamalkan Islam, ia hanya berdasarkan komen di video TikTok yang tidak benar dan tidak berasas.

“Kafir adalah kata-kata yang sangat kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim malah kepada agama lain juga,” tulisnya.

Sementara itu, Fathia berkata segala perkongsiannya di TikTok adalah cara dia mengekpresikan diri dan pendapat netizen tidak menjejaskan kehidupannya.

Dalam pada itu, Fathia menegaskan dia tiada kaitan dengan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim serta Zarina Anjoulie bukan kawan baiknya.

“Zarina Anjoulie bukan kawan baik saya. Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim tiada kena mengena dengan kehidupan saya. Untuk kaitkan saya dengan mereka seperti merendahkan taraf kehidupan saya,” tulisnya.