fbpx

Tuah & Aina Diserap Kembali Ke Persaingan Separuh Akhir Mentor Legend

Sesuatu yang mengejutkan sebenarnya ketika persaingan peringkat kumpulan Mentor Legend yang berlangsung malam tadi apabila dua peserta yang telah tersingkir selepas menerima markah terendah diserap semula untuk bersaing di peringkat separuh akhir.

Tuah yang merupakan protege Mas Idayu tersingkir minggu lalu dan Aina (protege Ella) menerima markah terendah dalam saingan minggu ini telah diserap semula oleh pihak produksi untuk bersaing dengan empat lagi peserta lain selepas ini.

BACA: Mas Idayu Cekik & Serang Hos Mentor Legend Di Belakang Pentas?

Namun yang lebih menarik adalah reaksi peminat yang mendakwa seakan wujud konspirasi untuk membawa kedua dua nama di atas kembali ke persaingan dan seterusnya ke peringkat akhir selain peminat juga tidak berpuas hati dengan cara pengadilan Adlin Aman Ramli.

#03 Peminat Minta TV3 Tukar Juri Mentor Legend - ROTIKAYA

#02 Peminat Minta TV3 Tukar Juri Mentor Legend - ROTIKAYA

#01 Peminat Minta TV3 Tukar Juri Mentor Legend - ROTIKAYA

Rata komen yang ditinggalkan para peminat di Facebook rasmi TV3 mahu juri Adlin Aman Ramli ditukar kepada mereka yang lebih professional dan berkelayakan seperti Datuk Ramli MS dan penyanyi Syafinaz Selamat. Apa kata anda? (rtky/m)