fbpx

Dato’ Sri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor tanah air dan Presiden CTDK Holdings telah menjadi salah seorang juri Selangor Fashion Accelerator yang pertama.

Bertemakan “Modest Fashion” yang memberi fokus pada pakaian sederhana sedia-untuk-dipakai (RTW) dengan sentuhan elemen moden dan minimalis, seramai enam peserta terbaik membuat pitch perniagaan mereka kepada panel juri.

Keenam-enam peserta juga mempamerkan tiga rekaan daripada koleksi mereka semasa segmen pentas peragaan. Turut sama menjadi juri dalam Selangor Fashion Accelerator adalah :

1. Rasta Rashid, Pengasas Bersama Rasta Creation Sdn Bhd dan Presiden Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA);
2. Yang Mulia Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB);
3. Aaron Sarma, Pengasas Bersama merangkap Rakan Kongsi Umum, ScaleUp Malaysia;
4. Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan Dan Pemasaran, AEON Berhad;
5. Leslie Variyan, Pengarah Kreatif VARIANTE
6. Wong Lee Leng, Pengarah Kreatif Lagenda Creative Collection

Selangor Fashion Accelerator yang pertama diakhiri dengan pengumuman Kalima Textile sebagai Johan yang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM6,000.00 dan gerai pameran My Gaya Month bernilai RM10,000. S.leapita dan BatikTEKTURA masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Hari demo itu diserikan dan dirasmikan oleh Datin Seri Masdiana Muhamad, Isteri kepada Dato’ Menteri Besar Selangor dan Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

Selangor Fashion Accelerator adalah program intensif selama dua bulan yang memberi manfaat kepada usahawan fesyen/PKS melalui bimbingan cemerlang daripada mentor yang berpengalaman dalam komuniti dan bengkel yang komprehensif, membawa mereka ke tahap sedia untuk menerima pelaburan dan pengembangan.


Lebih 80 pemohon mendaftar untuk program Selangor Fashion Accelerator ketika ia dilancarkan dan hanya 16 peserta yang telah disenarai pendek. 

Bagaimanapun, enam peserta yang terbaik telah dipilih untuk mara ke peringkat akhir iaitu Hari Demo pada 8 Oktober.

Selangor Fashion Accelerator yang dianjurkan buat pertama kali ini adalah untuk membantu syarikat pemula dan PKS Malaysia dalam membangunkan ekosistem yang mampan untuk bakat dalam sektor fesyen sederhana dengan memberikan pengalaman menarik yang akan meningkatkan pengiktirafan jenama dalam pasaran dan industri.