Rasanya memang Twitter Selebriti untuk Sabtu & Ahad akan sentiasa bergabung menjadi satu.
Bukan apa, biasanya kami sibuk menghadiri majlis besar untuk hari Sabtu & berehat panjang like a boss pada hari Ahad. Jadi, kita akan hanya ada TS Weekend.
Seperti biasa, pertama’nya ucapan terima kasih kepada rakan kerjasama media kami, SelebriTweets yang setia menjadi mata mata kami di’dunia Twitter.
Untuk edisi kali ini, kita ada gambar epik selebriti kecil molek Atilia yang dengan sengaja meletakkan kereta di’dalam longkang. Gurau, kemalangan kecil sebenarnya.
Juga, lagenda rock Malaysia beraksi comel dengan basikal yang kemungkinan besar milik anak beliau. Tetapi kami lebih berminat dengan BMW Z4 milik Amy Search itu. Yumm!
Juga Aaron Aziz bersama Upin & Ipin, Juliana Evans, Mia Sara dan gambar lain untuk tatapan sisa hujung minggu anda semua selepas ini. Enjoice!