Kami mula perasan yang kejayaan Twitter Selebriti di’sini telah mula menjadi ‘inspirasi’ untuk laman hiburan lain untuk memperkenalkan perkara serupa.
Tidak mengapa, kami anggap itu sebagai penghargaan atas idea kami yang tidak seberapa ini. Cuma jangan rampas rakan kerjasama media kami, SelebriTweets, boleh isytihar perang maya jadinya. #LOL
Jadi untuk edisi 21 September 2011, kita ada gambar aktress muda yang sedang meningkat naik, Siti Saleha yang nampak’nya menjalankan aktiviti sihat — Muay Thai.
Kita juga ada gambar contoh untuk pemakaian tudung untuk muslimah sebenar dari pengacara rancangan Solehah, Irma Hasmie & Nurul Iman.
Juga gambar si kecil molek Mia Sara bergambar dengan Fizo Omar serta Liyana Jasmay beraksi ala model Chanel ketika bercuti ke Sydney, Australia. Feast your eyes & enjoice!