fbpx

Izreen Azminda: Bukan Rampas, Hanya Tumpang Kasih

Kontroversi tentang status perkahwinan pelakon popular Izreen Azminda menarik perhatian ramai sejak beberapa hari ini selepas isteri pertama kepada lelaki pilihan beliau mendedahkan hal sebenar.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Izreen Azminda mengakui akur dengan cemuhan orang ramai yang melabel dirinya sebagai perampas dan meruntuhkan kebahagian rumahtangga orang lain.

BACA: Peminat Caci Izreen Aminda Di Instagram

“Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.

“Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.

“Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,” katanya.

Izreen Azminda dan Ude yang juga pemuzik bebas melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

“Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami”

“Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya,” tambahnya lagi. (rtky/m)