Baru baru ini, berlangsung satu resepsi perkahwinan Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 dan Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin di Saloma Bistri, Kuala Lumpur untuk ya, meraikan pasangan ini yang bernikah pada Disember lalu.
Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 20 Disember 2013 di kampung alaman pengantin perempuan di Wakaf Che Yeh Kota Bharu, Kelantan dalam satu majlis yang diadakan secara kecil kecilan untuk ahli keluarga terdekat.
Dalam temubual bersama Malaysian Digest ketika majlis hujung minggu lalu, Aril AF7 berkata yang beliau tidak menghalang isterinya itu untuk meneruskan kerjaya sebagai pramugari walaupun menyedari isterinya itu berdepan dengan risiko besar.
Lebih lagi selepas baru-baru ini negara kita malah seluruh dunia gempar dengan berita kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang masih belum ditemui sehingga hari ini.
Menurut Aril AF7 lagi, sebagai suami dia sentiasa memberi galakkan kepada isterinya dan sejak awal lagi dia sudah reda dengan sebarang risiko.
“Awal-awal lagi saya sudah redha dengan apa yang akan jadi pada masa akan datang. Pada saya, selagi dia mampu untuk teruskan kerjaya dia, saya benarkan dia bekerja. Saya tak pernah halang kerja dia sebab saya tahu bukan semua orang berani lepaskan impian mereka. Saya sentiasa doakan keselamatan dia”
“Walaupun dia terpaksa kerap tinggalkan saya untuk 3, 4 hari kerana pergi bertugas, tidak menjadi masalah besar kepada saya. Malah bila kami berjauhan itu menguatkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri,” kata Aril AF7 ketika ditemui.
“Dan saya juga berharap, masyarakat tidak terus menyebarkan maklumat yang tidak sahih ekoran kejadian kehilangan MH370. Hentikanlah sebarang spekulasi agar kita tidak menguris mana-mana pihak terutama ahli keluarga sama ada penumpang-penumpang juga kru pesawat tersebut. Kita sama-sama berdoa agar semuanya selamat,” tambahnya lagi. (rtky/fr)