Total Lockdown Seluruh Negara Bermula 1 Jun – PM
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada malam Jumaat, berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
Pastu total lockdown vaccines dapat distribute tak??? Kena berebut kat system HAUK 70 juta tak??
1. Kami nk moratarium automatik.
2. i sinar 2.0
No 1 tu..hutang tetap kami byr akn dtg.
No. 2 tu..fikir skrg..hari tua lain cerita. Hilangkn covid ni dulu.
Please.
Kami akan duduk dirmh dan ada hidangan di meja.
Kami x nk gduh2 dlm rmh. Kami nk aman dlm rmh.
Please.
Confuse, lockdown ni sama mcm MCO 1.0 ke mcm mane?