fbpx

Selepas berdebat sesama kami di Rotikaya HQ yang kemudian kami fikir seperti tiada guna’nya, ini barisan Top 5 Pilihan Rotikaya untuk Anugerah Artis Paling Popular bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25.

[poll id=”38″]

Aaron Aziz – Boleh kami katakan sebagai calon shoe-in untuk merangkul satu satunya anugerah yang mengesahkan pengaruh besar seorang selebriti.

Zizan Raja Lawak – Walaupun 2010 bukan tahun tuah untuk produk kelahiran Raja Lawak ini, 2011 nampaknya artis ini mula melebarkan pengaruh dengan barisan filem, drama, muzik & pencapaian yang bermakna.

Yuna – Melebarkan sayap ke bumi Amerika Syarikat dan mempunyai empayar peminat yang kukuh, Yuna tidak mustahil mencipta kejutan.

Shaheizy Sam – Ombak kemenangan pelakon ini pada majlis yang lalu masih di’rasai dan mungkinkah Adnan Sempit kembali ke pentas tahun ini?

Dato’ Siti Nurhaliza – Jangan di’nafikan kebarangkalian untuk penyanyi No.1 Malaysia ini untuk sekali lagi muncul sebagai yang paling popular. Kali terakhir mencipta kejutan pada tahun 2009, hanya dua tahun yang lalu.