Selama berbulan-bulan Tony Fernandes menafikan yang beliau berminat untuk melabur dalam kelab kesayangan beliau ini, namun hari ini semuanya hampir pasti.
Daily Telegraph semalam melaporkan terus dari kota London menyebut yang boss AirAsia ini bakal menjadi pemilik baru kelab liga Inggeris (EPL), West Ham United.
Tony Fernandes yang sememangnya penyokong setia West Ham sejak dulu lagi di’khabarkan akan mengumumkan berita baik ini sebelum perlawanan West Ham menentang Wolves hujung minggu ini.
Tony Fernandes bukan satu-satunya individu yang berminat dengan pasukan ini, namun reputasi beliau dalam AirAsia & bidang perniagaan memberi peluang yang lebih.
Selepas ini, bolehlah kita lihat logo AirAsia terpampang lebih besar di’siaran langsung perlawanan EPL. Bukan setakat logo kecil di’lengan penjaga garisan.
Tony Fernandes, jangan lupa bawa sedikit kemahiran bermain bola sepak mereka ke Malaysia. Kekalkan momentum perkembangan yang ada.