fbpx

Wuu. Sebut nama pun dah melting ni kan pulak kalau jumpa depan mata. Maunya pengsan! Kami tahu ramai yang crush dengan Oppa Lee Dong Wook kan? Nak nak pulak sekarang dia dah muncul dalam drama baru, Tale of the Nine-Tailed, lagi lah jadi tak keruan.

Drama urban fantasi ini terinspirasi dari lagenda rubah yang berekor 9 di Korea Selatan ataupun disebut Gumiho. Dalam drama ni, Lee Dong Wook ditugaskan untuk mengawasi pengunungan Baekdudaegan serta menjadi pegawai antara dunia manusia dan akhirat.

Tugas utama Gumiho adalah membersihkan kekacauan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mengganggu dunia manusia. Agituh!

Anda kena tengok bila dia bertukar jadi Gumiho Yi Yeon. Fuh! Superhero Korea yang memiliki kemahiran luar biasa yang jauh dari kemampuan manusia, oh my G.O.D, melting tahap kronik gais! Serius!

Ada Ramai Lagi Pelakon Hebat!

Dah nama pun drama tak kan lah kekasih hati ramai wanita ni nak berlakon sesorang kan? Dah tentu ada pelakon-pelakon lain yang tak kurang hebatnya!

Selain Lee Dong Wook, sebagai Lee Yeon, drama ini turut menampilkan Jo Bo Ah (sebagai Nam Ji A) dan juga Kim Bum (sebagai Lee Rang). Come on, Kim Bum tak kan lah anda tak kenal. Yang popular dengan drama ‘Boys Over Flowers’ tu. Adui semakin kacak pulak kami tengok si Kim Bum ni.

Mesti anda teruja kalau tengok lakonan mereka ni. Setiap watak yang mereka bawak memang betul-betul menjadi dan sangat misteri! Sampaikan kami pun tak sabar nak tunggu setiap episod.

Jalan Cerita Yang Gila Best!


Weh baru tengok beberapa episod pun dah tak sabar-sabar nak tengok episod lain. Jalan cerita dia begini…Bila si heroin, Nam Ji A yang bekerja sebagai pengarah produksi untuk sebuah rancangan TV ni mempunyai misi untuk mendedahkan identiti Lee Yeon yang sebenar.

Mana tak nya, walaupun dia jumpa Lee Yeon ni selepas 21 tahun, mukanya still maintain. Sama macam dia jumpa Lee Yeon masa kecil-kecil dulu. Sebab tu dia nak siasat siapa Lee Yeon yang sebenarnya dah pun berusia 1,000 tahun!

Watak Lee Rang ni siapa pulak. Haa dia pula adik tiri kepada Lee Yeon. Dia pun ada jugak karakter dia tersendiri. Pendek cerita memnang anda kena tengok lah drama ni! Memang tak mengecewakan selain mereka jugak ada ada mengetengahkan banyak watak lagenda yang popular di Korea dengan cara tersendiri. Antaranya, watak Snail Bride, pemilik restoran hebat yang menghidangkan makanan tradisional Korea.

18 Again Pun Nais!

Okay gais! Bukan drama ni jer yang anda kena tengok. Drama baru 18 Again ni jugak antara drama yang best dan cool habis!

Jung Da-jung lakonan Kim Ha-neul dan Hong Dae-young lakonan Yoon Sang-hyun adalah pasangan suami isteri yang ada dengan dua orang anak. Tapi tak lama lepas tu mereka cerai.

Dan tak lama lepas tu dengan tiba-tiba badannya yang berusia 37 tahun berubah menjadi 18 tahun lakonan Lee Do-hyun gais! Dia pun mula menjalani kehidupan baru dengan identiti baru dan mengejar impian yang tidak pernah tercapainya.

Dengan badannya yang muda remaja itu, dia jugak cuba mendekati dan melindungi anak-anaknya yang selalu jadi mangsa keganasan di sekolah. Menarik gais, kelakar jugak drama ni. So memang wajib tengok!

Banyak Lagi Drama Korea Lain Yang Best!

Bukan 1 atau 2 tapi banyak lagi drama Korea yang anda kena tonton! Antaranya Search dan The Spies Who Loved Me. yang bukan setakat eksklusif di iQIYI, tapi kedua-dua drama ini juga adalah iQIYI Original Series!.

Search mengisahkan insiden misteri berdarah pada 1997 di sebuah kem tentera. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan walaupun kes kematian semakin meningkat seolah-olah si pelaku ni ada kuasa luar biasa yang tidak dapat dirungkai.

Fast forward timeline ke zaman sekarang, kematian misteri kembali menyerang! Namun masih tidak diketahui hujung pangkal. Lalu pihak tentera menubuhkan pasukan bagi menyiasat punca sebenar. Mereka dapati binatang buas dipercayai menjadi punca, namun penemuan satu mayat di dalam hutan membuatkan situasi kembali mengelirukan. Mampukah pembunuh misteri ini dikenalpasti?

Kdrama ini dilakonkan Jang Dong-Yoon dan Krystal sebagai teraju utama.

The Spies Who Loved Me pula mengangkat kisah Jeon Ji-Hoon (lakonan Eric) yang menyamar sebagai travel writer tapi sebenarnya dia seorang agen Interpol. Dia seorang duda setelah bercerai dengan Kang A-Reum (Yoo In-Na).

Kang A-Reum kemudian berkahwin dengan Derek Hyun (lakonan Lim Ju-Hwan), seorang pegawai diplomat. Walaupun suaminya seorang suami mithali, tanpa diketahui Kang A-Reum, sebenarnya suaminya itu menyimpan rahsia besar. Apalah agaknya tu kan?

Jadi kat mana anda nak layan drama Korea banyak-banyak ni? Don’t worry gais, anda boleh tonton di laman penstriman iQIYI menerusi aplikasi iQIYI atau www.iq.com Macam-macam ada! yang belum ada tu cepat-cepat download App DI SINI.

Kami jamin, korang mesti puas hati dan super excited dengan drama-drama terbaru ini.