Esok malam akan berlangsungnya acara peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) bertempat di Stadium Bukit Jalil, KL.


Dengar cerita tiket ke AJL 25 laku bak goreng pisang panas setelah habis kira kira 900 keping hanya selepas 15 minit kaunter tiket percuma di’buka.

Dan, sehingga pagi ini, sudah tiada tiket percuma untuk anda semua & jangan risau, anda masih boleh menonton acara siaran langsung Anugerah Juara Lagu 25 ini di televisyen (semestinya).

Kepada yang tiada televisyen (2011 kot!) dan berada di’perantauan, anda masih boleh menonton secara online di Tonton.com.my dan mengikuti secara penuh sepanjang acara berlangsung.

Anda yang mempunyai tiket, jumpa kami di’sana kerana kami akan beradadi Stadium Bukit Jalil bersama-sama anda untuk membuat liputan khas AJL 25.


Walaupun ada kurang daru 48 jam sebelum acara sebenar berlangsung, kami rasa masih belum terlambat untuk membuat undian rambang tentang lagu favourite anda untuk menang.

[poll=”17″]