fbpx

Tomok Tetap Berpuasa Selepas Pembedahan Bahu

Walaupun terpaksa menanggung kesakitan akibat bahu patah, Tomok tetap meneruskan ibadat berpuasa seperti biasa selepas beliau menjalani pembedahan seminggu lalu bagi mengeluarkan besi yang dimasukkan ke bahagian yang cedera. Tomok juga menerusi akaun instagram beliau telah berkongsi gambar jahitan di bahunya itu kepada umum.

BACA: Jatuh Ketika Main Bola Sepak, Tomok Patah Bahu Kiri

Screen Shot 2016-06-08 at 3.42.54 PM

“Saya baharu saja menjalani pembedahan pada minggu lalu bagi mengeluarkan besi yang diletakkan pada bahu. Jahitan itu pula akan dibuka dalam tempoh masa dua minggu lagi. Jadi saya berkongsi insiden yang menimpa ini sebagai teladan kepada mereka yang gemar bermain sukan diluar sana supaya tidak mengalami perkara yang sama”

“Mungkin kerana tergesa-gesa main bola dan badan belum bersedia sehingga menyebabkan bahu patah selepas beberapa minit turun ke gelanggang. Biarpun berat hati untuk berkongsi gambar jahitan itu di laman sosial, saya mengambil pendekatan untuk jadikan ia sebagai iktibar kepada yang gemar bersukan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Dalam masa yang sama, Tomok akui bahawa doktor telah menasihatinya serta menegah beliau daripada melakukan kerja berat bagi mengelakkan komplikasi berlaku pada bahunya. Malah Tomok turut berpesan kepada penggemar sukan supaya mementingkan sesi memanaskan badan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku. (rkty/w)