fbpx

Tomok Buka ‘Outlet’ Chatime Yang Ke-3, Netizen Ucap Tahniah

Meskipun sibuk dengan kerjaya seni, baru-baru ini penyanyi Tomok berkongsikan mengenai pembukaan cawangan baru Chatime yang ketiga miliknya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Tomok berkongsikan bertia gembira itu buat para pengikutnya. Difahamkan, outlet ketiga itu terletak di Petron Taipan, Setia Alam.

BACA: Jadi Juri Jemputan, Netizen Bengang Dengan Komen Datuk Marlia Untuk Tomok?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Dalam posting tersebut, Tomok meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi diatas rezekinya untuk membuka outlet baru itu serta menjemput orang ramai datang untuk cawangan terbarunya itu.

Perkongsian Tomok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan Tomok dan isteri serta mendoakan pasangan itu dimurahkan rezeki.

Untuk rekod, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mula menceburi perniagaan francais Chatime pada tahun 2017. Cawangan pertama miliknya ketika itu di AEON Mall Shah Alam. Pada Oktober lalu, Tomok dan isterinya, Ayu membuka satu lagi cawangan Chatime di Setia Alam City Mall.