fbpx

“Tolonglah, Saya Tak Campur Hal Datin-Datin”

Pasti ramai tahu Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Nur Islam sebelum ini bersahabat baik. Kemudian, timbul dakwaan mengatakan mereka berdua bergaduh beberapa tahun lalu.

Namun, baru-baru ini kecoh apabila Uqasha Senrose dituduh cuba menggoda suami Rebecca. Akui terkejut dengan dakwaan liar itu, Uqasha menganggap tuduhan itu sangat mengarut. Malah, ujarnya lagi dia tidak masuk campur hal dua pelakon berstatus VIP itu.

BACA: Eina Azman Dakwa Uqasha Senrose Goda Suami Rabecca Nur Islam?

Dalam pada itu, Uqasha berkata meskipun dia sudah mengambil langkah berhati-hati setiap kali berkawan dengan rakan artis, namun kontroversi tetap terpalit dirinya.

“Saya pun terkejut macam mana boleh timbul isu saya cuba goda suami Rebecca? Tolonglah, saya tak campur lah hal datin-datin.

“Saya sedar kalau terlalu rapat dengan sesama artis pun, kita tak tahu sejauh mana keikhlasan dan kejujuran mereka dalam bersahabat. Saya tengok ramai saja yang suka cakap-cakap belakang. Sebab itulah saya takut nak berkawan rapat,” katanya kepada Utusan Online.

Katanya lagi, bukan tidak mahu langsung berkawan dengan rakan artis tetapi dia perlu meletakkan had agar tiada perkara buruk terjadi. Menurut Uqasha lagi, dia lebih selesa dengan keluarga dan adik-beradiknya sahaja.

“Nak percaya pada siapa? Lepas tu bergaduh, kemudian kongsikan dalam media sosial.

“Perlukah kita stres dengan masalah orang lain? Itu sebab saya cuma rapat dengan keluarga dan adik-beradik saya sahaja. Sekurang-kurangnya mereka ini ah yang tahu dan terima baik buruk kita,” katanya.