fbpx

“Tolong Jangan Marah Nabil, Kesian Dia” – Raisa

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Nabil Ahmad dikecam apabila dikatakan mengajuk penyanyi Indonesia, Raisa yang memberikan komen dalam bahasa Inggeris.

Memetik Harian Metro, Raisa turut meminta netizen supaya tidak marahkan Nabil serta menjelaskan dia terpaksa menggunakan bahasa Inggeris kerana yakin penyampaiannya lebih tepat  berbanding bahasa Indonesia.

BACA: Ajuk Raisa Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dikritik Tak Profesional

“Tolong jangan marah Nabil. Kesian dia. Sejujurnya saya takut jika salah memberikan komen. Kadang-kadang ada maksud bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia yang memberi makna berbeza.

“Jadi saya agak bimbang untuk bercakap bahasa Indonesia dan lebih baik cakap saja bahasa Inggeris kerana konteks yang disampaikan akan lebih tepat dan tak mungkin apa yang disampaikan salah,” katanya.

Raisa berkata dia bagaimanapun bertutur dalam bahasa kebangsaannya selepas dimaklumkan oleh pihak produksi boleh bercakap dalam bahasa Indonesia.

“Namun selepas itu pengarah persembahan mengingatkan saya untuk bercakap saja dalam bahasa Indonesia sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Raisa berkata dia sendiri tidak ingat dengan apa yang terjadi pada malam tersebut serta berharap netizen tidak berterusan mengecam Nabil.

“Keesokan hari saya ada berjumpa Nabil di radio Era FM, tapi saya sendiri tak ingat apa yang terjadi sebab Nabil cakap terlalu cepat,” katanya.