fbpx

Ajuk Raisa Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dikritik Tak Profesional

Semalam berlangsungnya konsert minggu kelapan Gegar Vaganza musim kesembilan menampilkan penyanyi terkenal Indonesia, Raisa sebagai juri jemputan.

Namun, ketika konsert berlangsung terjadi perkara yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila pengacara, Nabil Ahmad mengajuk cara penyanyi Indonesia itu memberikan komen menggunakan bahasa Inggeris. 

BACA: Nabil Ahmad Nafi Dibayar RM40,000 Jadi Pengacara

Susulan tindakan Nabil itu, rata-rata netizen di laman Twitter meluahkan rasa tidak puas hati terhadap gurauan Nabil yang didakwa melampau.

Malah, ada netizen meminta Nabil supaya lebih berhati-hati serta tidak mengajuk cara juri dalam memberikan komen kepada peserta.

 

Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat situasi itu berlaku dimana-mana sahaja sedangkan ianya bukan satu kesalahan untuk memberi komen dalam bahasa Inggeris.