“Tolong Jangan Libatkan Saya! Semua Orang Berhak Untuk Membida”
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pembida aset milik Mohammad Sajjad Kamaruz Zaman bernama Mohammaf Syazwan Ahmad Fiesol gagal membuat pembayaran sebanyak RM132,000.
Susulan itu, netizen pantas membuat carian nama lelaki berkenaan dan mendapati profil media sosialnya tertulis kerjaya sebagai pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
BACA: Pembida Hilangkan Diri, Peguam Syak Ada Komplot
Menjelaskan mengenai isu tular itu, Aliff berkata sesiapa pun ada hak untuk membida meskipun individu tersebut merupakan pembantu peribadinya.
“Tolong jangan libatkan saya! Semua orang berhak untuk membida, saya tiada kena mengena dengan isu ini. Biarpun dia bekerja sebagai pembantu peribadi saya, namun itu haknya untuk membeli”
“Sekiranya dia (individu terbabit) ingin membeli, itu berada di luar bidang kuasa saya. Memang dia bekerja untuk saya, namun dia mempunyai hak untuk membuat pilihan membeli dan sebagainya,” katanya.
Kata Aliff lagi, kesemua barangan di rumah Sajat itu adalah brangan miliknya jadi mustahil untuk dia membelinya.
“Kebanyakan barang-barang di dalam rumah Sajat itu adalah barang saya, jadi untuk apa saya hendak membelinya. Jika diikutkan hiasan dalam rumah saya pun sudah cukup banyak.
“Mungkin ada yang mengaitkan saya kerana pada pagi semalam saya menitipkan kata-kata semangat buatnya. Takkan itu pun salah?. Kadangkala rakyat Malaysia gemar memperbesarkan perkara kecil,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Mana la tahu nak tolong member ke kan. Boleh jadi jugak. Tak salah netijen pun kalau nak sangka buruk, dia pun PA kpd DAS. Dah bid tu. Bayar laa. Nape nak lari. Huhh lemaaahhh
Wey aku x fhm la..blh sesiapa.jelaskan x..pa datuk alif tu lari sb xde duit ke sb nk pegi amik duit..dr smlm aku dok baca ulang2.knp mamat tu lari..peguam kata dia nk pegi amik duit kat umah sb x bwk cash..pastu kata saje nk tangguhkan lelong brg si sajat tu..ape cerita ni x fhm la huhu..aku ke yg lembap?
Intan,
Lelong barang bam jat ni dibuat untuk dapatkan duit bayar pda pihak yang menang kes mahkamah tu. Sebab bam jat dah lari tak bayar. So bila ada orang bida, maknanya sepatutnya dapat la duit tu untuk bagi pihak menang. Tapi yang orang bida tu lari, tak bayar pun nilai yang dia bida. Bila tak bayar, takde la duit nak bagi. And now kena tunggu tarikh baru pulak untuk buat lelong kali ke-2. Menyusahkan banyak pihak.
Kikilalala ha skg da fhm..maknanya mmg xnk beli la ye..wah suka2 ht memainkan org eh mamat ni..dr jauh dia ketawakan pihak yg melelong tu..sajat suruh ke ape ntah..
Dakwa je P.A dato tu. lain kali g skola belajar tinggi2. dh bodoh, hidup nk tumpang glamer geng budu, pastu gaji sedey. sanggup jd lembu ikut ckp budu propa tu.
x caye la.. patut dia marah pekerja dia lari… ni x siap cakap SEMUA ADE HAK HAKTUIHHHH….menyusahkan org kau ni…
Polis bolih gi tangkap budak blur tu atas laporan menganggu proses undang2 berkaitan lelongan awam dgn niat menipu. Soal siasat kat balai nanti akan beri pencerahan sapa punya keja. Mamat terlajak boring tak perlu bimbang sbb itu hal peribadi budak blur tu.
Mamat terlajak budu nie gatal2 bukak mulut kata barangan dlm rumah muhammad sajjad tu milik dia. Pastu dia kata pa dia gi buat bidaan keatas barangan yg dilelong tu atas urusan peribadi. Dia ni mangkuk ke piring. Kalu pinnochio bohong hidung dia akan tumbuh panjang tp mamat ni dagu dia akan tumbuh panjang dan suara tetap tersepit terkucil kalu bohong. Nak bgtahu lelongan awam menurut undang2 mesti di wawarkan melalui media dan jika ada sape2 yg mengaku barangan itu milik dia boleh tuntut melalui saluran undang2. Mamat ni ngaku barang dia tp tak tuntut???
Sajad dgn dato alif ni adik beradik ke. Nama bapa mcm sama. Tapi org yg berbeza kah?