fbpx

Pembida Hilangkan Diri, Peguam Syak Ada Komplot

Semalam hangat diperkatakan apabila pembida aset milik Mohammad Sajjad Kamaruz Zaman bernama Mohammaf Syazwan Ahmad Fiesol gagal membuat pembayaran sebanyak RM132,000.

Memetik laporan mStar, peguam Nurul Hafidzah berkata difahamkan pembida tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan rakan baik Sajat iaitu Datuk Seri Aliff Syukri. Katanya lagi, dapat dilihat foto Aliff pada profil aplikasi WhatsApp milik Mohammad Syazwan.

BACA: Pembida Harta Sajat Hilangkan Diri, Netizen Dakwa Rupanya PA Aliff Syukri?

Bagaimanapun, Hafidzah sekalu peguam OWA Resources Sdn Bhd berkata dia enggan membuat spekulasi tentang kaitan Aliff dalam lelongan berkenaan.

“Saya tak kenal dia (pembida) tapi profil WhatsApp memaparkan fotonya bergambar bersama Aliff Syukri dan ada kenalan saya memberitahu lelaki itu ada kaitan dengan ushawan itu.

“Tapi saya tak pasti jika lelaki itu disuruh oleh Aliff atau sebagainya, kami hanya membuat spekulasi tak pasti betul atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidzah berkata tindakan pombida berkenaan yang melarikan diri selepas berjaya dalam bidaan seolah melakukan satu penghinaan kepada mahkamah.

“Kes lari dari lelong ini saya tak pernah jumpa lagi… kita sedang melihat dari sudut undang-undang jika individu ini boleh diambil tindakan.

“Kita penat sebab dah kejar berapa tahun untuk mendapatkan pampasan ini, banyak perbincangan dengan pelbagai permohonan dan sekarang buat macam ni pula, memang pening kepala.

“Tapi kita tak tahulah tindakan ini berniat atau tidak, cuma kita terkilan sebab dah buat semuanya, sekarang ini terpaksa tunggu tarikh bidaan baharu pula,” katanya.