Penampilan terbaru pelakon remaja Qistina Raisah menjadi perhatian apabila tampil dengan rambut pendek dan mewarnakannya dengan warna ‘pink peach.’
Menerusi perkongsian di Instaram, Qistina dilihat ada memuat naik video berada di sebuah salon untuk penampilan terbarunya yang sememangnya cukup berbeza.
BACA: Qistina Raisah Minta Artis Dah Berjaya Jangan Hina Pelakon Tiada Anugerah
View this post on Instagram
Bagaimanapun, di ruangan komen rata-rata netizen mengkritik potongan rambut Qisitna yang dikatakan tidak sekata dan tidak kemas.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan pelakon itu tidak sesuai dengan gaya rambut berkenaan dan lebih suka dengan rambut panjang Qistina sebelum ini.
Sementara itu, ada yang suka dengan penampilan terbaru Qistina namun kurang senang dengan cara potongan yang dikatakan tidak betul.