“Tolak Tepi Status Popular, Jangan Malu Berniaga Seperti Ini”
Baru-baru ini tular di media sosial foto pelawak Azlee Senario berniaga buah-buahan. Azlee meluahkan rasa syukur sambutan diterima menggalakkan selepas fotonya itu viral.
Kata Azlee dia mula berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Alhamdulillah, sambutan pengunjung selepas gambar saya berniaga tular amat menggalakkan. Tapak niaga di Saujana Utama ini pun turut jadi popular. Secara tak langsung ia dapat bantu rakan-rakan lain yang meniaga.
“PKP kali ini memang agak terkesan kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum bagi arahan untuk menjalani penggambaran.
“Jadi saya buat keputusan berniaga untuk cari pendapatan bagi menampung keluarga. Alhamdulillah sejak gambar saya berniaga tular, sambutannya amat menggalakkan. Saya berterima kasih kepada pihak media kerana membantu,” katanya.
Menurut Azlee ada peminat datang untuk bergambar dalam masa sama membeli barangan jualannya. Ujarnya, meskipun namanya besar apa yang penting dia mencari rezeki halal.
“Sebenarnya mereka lebih suka tengok kita bercampur dengan golongan masyarakat menerusi berniaga. Maknanya artis dapat merapatkan lagi hubungan dengan peminat.
“Walaupun nama besar atau sebaliknya, saya letak tepi. Yang penting saya cari rezeki halal. Kalau duduk rumah nak tunggu tawaran kerja, takkan ada buat masa ini. Lebih baik saya ambil inisiatif berniaga, sekurang-kurangnya kita dapat beli barang-barang dapur dan bagi makan anak isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Azlee turut memberi nasihat kepada artis dan penggiat seni lain untuk cuba berniaga untuk mencari sumber pendapatan demi menyara keluarga.
“Selagi kita ada keupayaan cari rezeki, jangan malu. Berniagalah kerana sekurang-kurangnya kita dapat menyara keluarga dan apabila semua pulih kita akan dapat bekerja semula.
“Tolak tepi status kita popular atau tak. Yang penting kita cari rezeki. Jangan fikir soal status. Yang penting siapa nak bagi rezeki untuk menyara keluarga,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Terbaik. Buat kerja halal x perlu malu
Apa ni tak pakai mask betul2..patutla kes meningkat
Populat ke,,..pakai mask pun x betul..
syarat2 nk komen kat website2 gossip ni mesti nk kena komen yg negative je ke ???? yg komen mostly semua melayu… jenis gatal bonto nk komen yg murni2… sedar2lah ye kawan2…
Yelah korang tu dlm panas pun pakai mask 24 jam …suji murni la tu …
Tahniah …bang …harap perniagaan maju .
Bukan mcm satu minah kampong tu .dressing ke pusat vaksin atau ke majlis formal pun tak tau beza . Ulu habih
Terbaik…lebih baik dari jadi “transporter” atau “ejen” human traficking…
bodoh sial yg komen pasal mask tu.. korang dah perfect sgt ke. kalau stakat dia sorg pakai mask xbetul xkan boleh naik kes.. tu la kecik2 dulu xmampus bila besar pandai komen bodoh je.. dia tu nak bg semangat kita kena berusaha wpun pkp xkisah kerja apa janji halal.
salute bang.. semoga maju jaya
Dh tu korang semua ikut lh pakai mask mcm tu..bende salah kan..x kan nk kt betul…ikutlh contoh mcm artis tu…ada ke kite ckp dia bt keje x halal..tu lh..bila bt salah kn tegur x leh terima..asyik nk sokong je..bendz x betul pun nk sokong jgk ke..
Bagus azlee jual buah cari rezeki halal..jgn cari duit guna jln haram ye..skg ni pelakon penyanyi pelawak kan tgh xde job..so jgn cari jln pintas ye nk dptkan duit huhu..
Mat tip meroyan dh mcm org sakit jiwa gayanya..memaki hamun ikut sedap hati busuk ye..dh bagus sgt ke awak tu..
Sebab byk yg pakai mask mcm ni sebab tu kes meningkat…caranya tak betul…mcm mana nak dpt pelindungan…sekadar tegur sesama manusia…supaya kes di Malaysia turun…memang abg ni bagus, cari rezeki halal walau pkp tapi patuhlah sop..jgn salahkan kerajaan atau org lain kalau terjangkit….