Pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy terpaksa tolak 5 buah filem disebabkan watak yang memaksa dirinya tampil seksi dan berkemban.

Menurut Kilafairy atau lebih mesra dengan panggilan Kila dia tidak lagi mahu merosakkan namanya dan mengaitkan dirinya dengan kontroversi murahan seperti yang pernah terjadi ketika menjayakan watak di dalam filem “Karak”.

Di dalam filem tersebut dia perlu melakonkan satu babak yang memerlukan Kila bekemban dan watak tersebut mencetuskan kontroversi.

“Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh,” tegasnya.

Walaupun tahu sikap memilih kadang kala mengurangkan publisiti terhadap dirinya, Kila sejujurnya memberitahu tidak kisah jika kurang publisiti asalkan setiap watak yang dijayakan kelak akan memberikan impak kepada penonton dan mereka sendiri akan mengingati

lakonan yang bagus.