fbpx

“Tolak Marvel Sebab Agama, Pakai Seksi Boleh Pula?”

Sebelum ini pelakon Raja Ilya pernah memberitahu dia terpaksa menolak tawaran untuk membintangi filem francais Marvel selepas berada di Amerika Syarikat hampir dua minggu dan membuat persiapan selama tiga bulan.

Berikutan itu, Raja Ilya diasak dengan persoalan netizen dimana ada pihak mengatakan Raja Ilya menipu dan hanya mengadakan cerita sahaja.

BACA: Canggah Nilai Islam, Punca Raja Ilya Tolak Marvel

Awal April lalu, pelakon itu akhirnya mendedahkan punca sebenar dia menolak tawaran tersebut selepas mendapati ada babak yang bercanggah dengan nilai Islam.

Namun, baru-baru ini Raja Ilya membuatkan keadaan jadi lebih panas apabila memuat naik gambarnya memakai pakaian senaman yang seksi.

Terkejut dengan gambar tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan kenyataan Raja Ilya yang sebelum ini menolak tawaran Marvel kerana untuk menjaga agama tapi berpakaian sebaliknya.

Baik terima je offer Marvel tu, tak ada bezanya

Ada juga yang mengatakan lebih baik jika Raja Ilya menerima tawaran tersebut kerana tidak ada beza dengan cara berpakaian yang ditunjukkan olehnya.

Sebelum ini, ada netizen meminta Raja Ilya menjual muruku kerana tidak dapat berlakon dalam filem Marvel selepas setahun kisah tersebut dicanang, sedangkan pelakon Shiva Kalaiselvam berjaya memegang watak dalam siri Gotham walaupun tiada berita tentangnya.