TNG Digital Sdn. Bhd. (‘TNG Digital’), pemain fintech bersepadu terbesar di Malaysia, telah memperkenalkan ciri inovatif GOyang-GOyang dalam TNG eWallet!
Anda boleh nikmati pelbagai tawaran daripada rangkaian luas rakan kongsi TNG eWallet, termasuk petrol, makanan dan minuman, farmasi dan kedai serbaneka. Wow!
Bercirikan gamifikasi, GOyang-GOyang adalah tambahan interaktif yang membolehkan pengguna menemui dan menikmati tawaran hebat di sekeliling, menjadikannya pengalaman yang menyeronokkan dan menarik, Ye betul tak tipu!
Anda boleh berseronok mencuba ciri ini tak kira masa dan tempat dengan melancarkan aplikasi TNG eWallet anda. Lepas tu, tekan jer pada ikon GOyang untuk peluang menggoncang telefon pintar anda bagi mendapatkan pelbagai tawaran, termasuk diskaun dan produk menarik!
Langkah 1: Tekan pada ikon GOyang
Langkah 2: GOyang telefon anda
Langkah 3: Tadaaa nikmati tawaran anda!
Langkah 4: Cari baucar anda di My Rewards
- Langkah 1: Tekan pada ikon GOyang
- Langkah 2: GOyang telefon anda
- Langkah 3: Tadaaa nikmati tawaran anda!
- Langkah 4: Cari baucar anda di My Rewards
Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, berkata, “GOyang-GOyang adalah bukti dedikasi kami untuk meningkatkan pengalaman pengguna melalui inovasi teknologi berterusan, menyediakan platform yang lebih menarik dan interaktif untuk pengguna kami. Dengan ciri menarik ini, matlamat kami adalah untuk menawan hati pengguna kami, memupuk penglibatan dan hubungan yang baik sambil mereka meneroka pelbagai tawaran kejutan hebat berdekatan.
Bukan setakat hanya menawarkan keseronokan dan interaktiviti, inovasi ini berfungsi untuk mengukuhkan perkongsian kami dengan menyediakan platform bagi rakan kongsi kami untuk berhubung dengan pengguna melalui tawaran eksklusif. Kami teruja untuk melihat kesan positif ini kepada komuniti kami.”
Pada November tahun lepas, TNG Digital memperkenalkan GOrewards dalam TNG eWallet, memberikan ganjaran dan faedah yang hebat kepada pengguna setia. Tahun ini, TNG Digital melaksanakan peningkatan melalui GOyang-GOyang, mewujudkan pengalaman yang lebih menyeronokkan dan interaktif untuk pengguna meneroka tawaran hebat.
Bagi pengguna TNG eWallet yang suka sangat ‘memburu’ tawaran hebat, cepat aktifkan fungsi lokasi telefon anda dahulu sebelum menggoncang telefon anda bagi menikmati tawaran hebat yang hebat berdekatan!
Ada pelbagai rakan kongsi yang mengambil bahagian termasuklah Baskin-Robbins, Caltex, ChaTraMue, Guardian, Health Lane Family Pharmacy, llaollao dan cawangan MR. D.I.Y terpilih. Dan lebih ramai lagi rakan kongsi dijangka akan menyertai dalam masa terdekat!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri GOyang-GOyang dalam TNG eWallet ini, sila layari LINK INI.