fbpx

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Kahwin Lewat, Tidak Tertekan

Sudah menghampiri umur 30 tahun, nampaknya pelakon Tiz Zaqyah tidak dapat lari daripada soalan mengenai jodoh. Bagaimanapun, Tiz mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara tersebut.

BACA: Tiz Zaqyah Dedah Menerima Komen Berbaur Lucah Di Instagram

“Kalau soal cinta, saya tiada apa nak komen. Tetapi saya tak pula fikir usia saya ini sudah agak lewat untuk mendirkan rumah tangga. Saya tiada tekanan dalam soal kahwin ini kerana kita tidak perlu kaitkan dengan soal bersedia atau tidak”

“Saya tak terasa kalau orang bertanya, cuma jangan kata saya ini nak kahwin lambat kerana tidak bersedia. Lumrahnya seorang perempuan, kalau dia berkahwin, punya anak, secara automatik dia boleh menjadi ibu dan menjaga anak-anaknya,” katanya kepada Utusan Online.

Mahu atau tidak, selepas ini jika Tiz sudah berkahwin pasti ada persoalan lain yang akan timbul berkaitan dengan zuriat dan juga mungkin mengenai berat badan naik. Apa pun, Tiz pastinya akan menjelaskan kepada pihak media apabila dia bersedia untuk berkahwin nanti. (rtky/s)