fbpx

Tiz Zaqyah Tak Suka Cara PU Amin Berdakwah ‘Kasar’

Nama Pencetus Ummah (PU) Amin tidak perlu diperkenalkan lagi. Pendakwah bebas itu sememangnya terkenal dengan caranya menyampaikan dakwah menerusi media sosial.

Bagaimanapun, pelakon Tiz Zaqyah tidak bersetuju dengan dakwah ‘keras’ PU Amin menerusi satu status menyarankan kaum wanita meletakkan jadi pada seterika panas selama lima saat seolah menggambarkan azab api neraka jika seorang wanita itu tidak menutup aurat.

BACA: “Tudung Itu Mahal Harganya Di Akhir Zaman” – PU Amin

Difahamkan, perkongsian itu dimuat naik pada tahun 2018, namun kembali menjadi perdebatan dikalangan netizen.

Menyifatkan cara dakwah PU Amin terlalu kasar, Tiz membandingkan dengan cara seorang ulama muda, Sheikh Azhar Nasser yang menyampaikan dakwah dengan bahasa lebih lembut dan mudah difahami.

Bagaimanapun, ada segelintir individu kurang senang dengan perbandingan Tiz itu. Netizen mengatakan Sheikh Azhar Nasser merupakan seorang pemimpin syiah. Namun, Tiz menjelaskan agar netizen mengambil pesanan positif yang disampaikan oleh ulama tersebut biarpun berlainan fahaman.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen terutama wanita berkongsikan pengalaman mereka bertudung kerana mendengar ceramah dan menerima teguran secara baik. Menurut netizen itu lagi, teguran secara kasar tidak memberi sebarang kesan malah membuatkan wanita enggan bertudung.

Apa pun setiap pendakwah menggunakan pendekatan berbeza. Ada yang senang menerima teguran dengan cara lembut, namun ada juga yang sudah diberikan teguran dengan lembut masih tidak mahu berubah.