Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon Tiz Zaqyah mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menerima panggilan daripada pihak kakitangan Pusat Perubatan Subang Jaya, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Menurut Tiz, pihak hospital menasihatinya untuk menjalani kuarantin di rumah sementara waktu sebelum tindakan selanjutnya.

BACA: Tiz Zaqyah Sumpah Tak Terlibat Aktiviti Pelacuran Kelas Atasan

Dalam entri itu Tiz turut berkongsikan, dia mengalami batuk ringan, menggigil serta rasa tidak sedap badan.

Tiz turut menasihatkan orang ramai untuk menjalani ujian saringan jika mengalami gejala seperti demam, selesema, bersin, batuk atau sakit kepala. Tiz sempat mengingatkan orang ramai duduk di rumah jika tiada urusan penting kerana Covid-19 bukan perkara main-main.

Perkongsian Tiz itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mendoakan agar pelakon itu segera sembuh daripada virus berkenaan.