fbpx

Tiz Zaqyah Sumpah Tak Terlibat Aktiviti Pelacuran Kelas Atasan

Beberapa bulan lalu hangat diperkatakan dakwaan segelintir artis dipercayai terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan pendapatan lumayan.

Tidak menyangka namanya dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral itu, pelakon Tiz Zaqyah menyifatkan tuduhan itu sangat keterlaluan. Namun, dia tidak bimbang kerana tidak pernah terlibat dengan sindiket berkenaan.

BACA: Tiz Zaqyah Tak Dapat Bayangkan Jika Ditakdirkan Hidup Berpoligami

“Sumpah tak ada (tidak terlibat)..nauzubillah nama saya pun tersenarai? Kenapa mereka petik nama saya?

“Tapi saya tak bimbang sebab kawan-kawan kenal saya ni macam mana..saya dah stabil dalam bidang (hiburan) ni. Saya ada kawan, mereka tahu cerita sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Tiz berkata dia tidak terkejut dengan dakwaan skandal seks membabitkan para selebriti. Kata Tiz lagi, mungkin itu cara mereka untuk mencari pendapatan.

“Tapi perkara ini saya tak berapa hairan. Saya tinggal di Kuala Lumpur sejak kecil dan dengar banyak mengenainya.

“Dalam akhbar ada dilaporkan dan ada orang bercakap mengenainya. Saya tak terkejut ia berlaku. Mungkin dalam kalangan kita pun ada, tapi itu mungkin cara mereka cari duit,” katanya.