fbpx

“Tipulah Jika Tiada Lelaki Nak Melamar, Merisik Saya”

Tahun lalu, kisah rumah tangga usahawan terkenal, Joy Revfa bersama bekas suaminya Hafiz Hamidun menjadi bualan ramai yang akhirnya bertemu titik noktah apabila mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Selepas kes tersebut, jarang sekali kita mendengar cerita tentang usahawan cantik ini. Rupanya dalam diam Joy berkata dia sudah beberapa kali menerima lamaran dan pernah dirisik beberapa lelaki.

Namun, menurut Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkata dia tidak mahu memikirkan lagi soal jodoh dan mahu memberi fokus kepada anak serta kerjayanya terlebih dahulu.

“Tipu sangat jika saya katakan tiada cubaan melamar, malah ada yang sudah cuba merisik kepada ibu saya sendiri.

“Namun tidak pasti apa niat sebenar mereka. Buat masa ini saya hanya mahu memberi fokus kepada anak dan kerjaya dulu,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Joy, selepas hampir setahun sejarah hitam menimpa dirinya, rezekinya semakin mencurah-curah dan kisah lalu itu cukup memantangkan dirinya.