fbpx

Tips & Petua HUAWEI MateBook 14s Untuk Bantu Anda Lebih Produktif!

Kalau sebut jer HUAWEI, memang dah ramai dah tahu. Jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi ini sarat dengan teknologi canggih dan mengagumkan!

Peneraju teknologi global yang sentiasa komited dalam membantu kita sebagai penggunanya membina kehidupan yang sentiasa terhubung dan pintar ini selalu mengukuhkan strategi Seamless AI Life dan “HUAWEI’s Super Device” untuk penggunanya.

Macam yang anda tahu, selain daripada komputer riba HUAWEI yang telah dilancarkan sepanjang tahun ini, kini HUAWEI membawa satu lagi varian ke pasaran! Mesti anda tak sabar kan?


Bagi mengukuhkan lagi rangkaian komputer riba jenama ini, HUAWEI MateBook 14s diperkenalkan sebagai komputer riba dipacu prestasi yang lebih padu yang memenuhi keperluan anda yang terlibat dalam perniagaan terutamanya. Fuh! Pasti memberikan pengalaman yang lebih baik kepada anda nanti.

Jom kita lihat sikit apa istimewa sangat HUAWEI MateBook 14s ni.

Paparan Penuh Skrin 2.5K Definisi Tinggi HUAWEI

Paparan penuh yang mempunyai bezel sempit di bahagian tepi ini dapat memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan. Pasti membuatkan anda tidak lagi terganggu dengan bezel yang berada di sekeliling bahagian skrin.

Ditambah pula dengan resolusi 2.5K (2520×1680) dan ketumpatan piksel yang luar biasa pada 213 ppi ini pasti buat anda puas menonton rancangan kegemaran anda tu. Kalau anda nak tahu, setiap perincian paling kecil pun anda boleh nampak sebabnya ia menyokong imej dan video beresolusi tinggi.

Kadar Penyegaran Tinggi 90Hz

Menyampaikan imej yang lebih lancar, gerakan yang lebih semula jadi, serta kandungan yang lebih jelas. Ia juga padat dengan ciri Penukaran Kadar Segar Semula Paparan Intel untuk beralih secara bijak kepada kadar penyegaran yang lebih rendah (60Hz) untuk prestasi penjimatan kuasa oleh Fn+R.

90% Nisbah Skrin Kepada Badan, Nisbah Paparan Skrin 3:2

Nisbah skrin-ke-badan yang tinggi sebanyak 90% dan pelarasan kecerahan pintar dengan Dual Eye Comfort TUV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) dan model ini turut dilengkapkan dengan TUV Rheinland Flicker.

Apa yang paling best, komputer riba ini dapat mengurangkan cahaya biru yang berbahaya kepada mata. Dual Eye Comfort juga akan membantu anda mengurangkan keletihan mata dan dengan itu melindungi mata anda tu, terutamanya dalam sesi merenung skrin yang lama. Faham-faham jelah, kalau guna komputer riba lama-lama ni boleh menyebabkan mata kering dan letih.

Performance Pun Padu Weh!

Kalau dah beli komputer riba tu sah-sah lah kita nak model yang mampu digunakan untuk tempoh yang panjang kan? Spesifikasi yang tinggi dan serba lengkap barulah puas hati sikit nak guna dalam masa yang lama.

Anda jangan risau, spesifikasi HUAWEI MateBook 14s ini dilengkapi dengan processor Intel® Core™ i5 dan i7 generasi ke-11. Bukan itu jer ia turut dikuasakan bersama adalah 16GB beserta ruang storan SSD 1TB.

Jadi pada anda yang kerap sangat dok guna komputer riba untuk siapkan kerja tu, hah! Inilah ‘jodoh’ anda. Tanpa masalah pun kerja siap tau. Nak edit video ke, gambar ke, dah tak ada masalah lagi dah.

HUAWEI Supercharge 90W & Hayat Bateri Panjang

Kemampuan untuk mengecas dengan pantas sekarang ini sudah menjadi keperluan. Barulah dapat menjimatkan masa.
Menariknya, HUAWEI MateBook 14s turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas membolehkan anda mengecas pada kadar 90W. Anda hanya perlu mengecas selama 15 minit untuk 3 jam penggunaan sahaja! Nak travel pun syok jer. Tak payah risau bateri cepat habis.

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar di mana anda berpeluang menonton sesebuah video selama 13 jam untuk satu pengecasan penuh. Amboi menarik betul.

Dan sekiranya anda menggunakan telefon pintar terkini, komputer riba ini juga turut boleh dicas bersama menerusi perkongsian kabel USB-C. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu membawa pelbagai kabel bersama untuk mengecas peranti-peranti anda.

Dilengkapi Empat Pembesar Suara Sekeliling Dikuasakan HUAWEI SOUND®

Sambil-sambil anda buat kerja semestinya anda mahu dengar muzik juga kan? Apa orang cakap tu, lebih fun dan layan jer buat kerja tu. Betul tak?

Kalau anda nak buat meeting dengan staff secara online pun bagus juga sebabnya untuk komputer riba HUAWEI MateBook 14S ini, ia mempunyai empat mikrofon dan empat mikrofon ini diletakkan di sepanjang tepi komputer riba, yang menyokong bunyi sehingga jarak lima meter dari peranti. Ini membolehkan anda mendengar dengan jelas apabila membuat panggilan persidangan.

Selain itu, HUAWEI juga memperkenalkan teknologi HUAWEI’s Personal Voice Enhancement yang membolehkan komputer riba mengasingkan dan meningkatkan vokal anda secara jelas apabila bercakap ke dalam mikrofon. Ini memastikan suara anda didengari dengan kuat dan jelas dalam mesyuarat, walaupun berada di tempat yang sesak seperti di pejabat, kafe atau dalam perjalanan.

Sokongan Skrin Sentuh

HUAWEI MateBook 14s ini turut menampilkan sokongan skrin sentuh untuk menawarkan kemudahan kepada anda seperti telefon pintar terutamanya apabila mengendalikan tugas pada aplikasi atau dalam Multi-screen Collaboration. Memang betul memudahkan kerja kan?

Inovasi – HUAWEI Share + Aplikasi Mobile Apps

Mobile Apps Engine (Versi Beta)

HUAWEI MateBook 14s ialah komputer riba pertama yang menggunakan Mobile Apps Engine yang membolehkan anda menjalankan aplikasi mudah alih pada komputer riba.

Jadi anda boleh mempunyai paparan yang lebih besar dan lebih luas pada monitor MateBook seperti video TikTok, tempahan Grab, atau membaca berita daripada aplikasi The Star. Atau anda boleh mempunyai dua akaun WeChat, satu akaun peribadi pada telefon pintar dan satu lagi akaun untuk tujuan kerja atau perniagaan.

Ia seperti mempunyai skrin yang diperbesarkan telefon pintar anda jer tau, membolehkan anda menyemak imbas dengan selesa dalam skrin HUAWEI FullView, terutamanya bagi anda yang suka bermain game!

Anda dah boleh membuat pendaftaran Versi Beta pada PC Manager bermula dari 19 November dalam HUAWEI MateBook 14s.

HUAWEI Share Multiscreen Collaboration

Kolaborasi kongsi skrin sekarang ini menjadi mudah antara telefon dan tablet HUAWEI. Anda dah tak perlu nak bertukar antara dua peranti ini berulang kali, tetapi hanya fokus pada satu skrin untuk menggunakan pelbagai peranti secara fleksibel.

Macam di tempat kerja, anda boleh melakukan pelbagai tugas bersama rakan sepejabat dengan peranti yang berbeza. Contohnya menghadiri tempat kerja dan bertemu pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Apa yang paling menarik, komputer riba ini juga boleh memindahkan data antara peranti dan mengendalikan tugas kolaboratif dengan cekap. Fail boleh dikongsi antara peranti dengan hanya seret dan lepas dengan mudah atau ketik sahaja. Kandungan boleh terus disalin dan ditampal antara dua peranti.

Anda bukan sahaja mengawal telefon pintar (atau tablet) pada bahagian komputer riba, tetapi juga mempunyai akses kepada aplikasi telefon (atau tablet melalui komputer riba!

Kejap, ada lagi gais. Komputer riba ini juga membenarkan anda mengendalikan pelbagai tugas pada satu paparan, sekali gus meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta mencapai keseimbangan kehidupan kerja.

Anda juga boleh menggunakan komputer riba untuk menjawab panggilan audio dan video yang diterima pada telefon pintar, membolehkan pengguna mengangkat panggilan dan menghadiri mesyuarat secara handsfree. Ini yang menjadikan anda lebih cekap apabila melakukan pelbagai tugas.

Selain itu, ikon pemacu telefon pintar akan muncul dalam antara muka Windows di mana anda boleh menyemak imbas dan mengawal dokumen seolah-olah anda menggunakan pemacu D pada komputer riba.

Semasa kolaborasi dengan tablet, akan dapat menikmati 3 mod; mod cermin (mirror mode) untuk memaparkan kandungan yang sama pada kedua-dua peranti; lanjutkan mod (extend mode) untuk berfungsi sebagai monitor mudah alih yang terbaik untuk perbandingan kerja; dan mod kolaborasi (collaboration mode) untuk berkongsi fail antara peranti dengan lancarnya.

Menarik bukan? Sememangnya HUAWEI MateBook 14s ini adalah sebuah komputer riba serba lengkap khususnya buat anda mahu menggunakannya untuk menyiapkan tugasan dengan penuh produktif. Selain itu, model ini turut sesuai buat anda yang mahukan penawaran skrin, prestasi dan audio yang terbaik pada sesebuah komputer riba.

Apa tunggu lagi. Klik link yang kami listkan ini di bawah untuk membuat pembelian!

HUAWEI Store Online: DISINI
Shopee: DISINI