Oh oh. Oh oh.

Penerbit yang banyak mengeluarkan hits, Timbaland baru-baru ini mengakui yang beliau terpesona dengan bakat yang ada pada Miley Cyrus dan meramalkan remaja itu akan menjadi Justin Timberlake yang seterusnya.


“Dia (Miley Cyrus) datang dari latar belakang muzik yang sama, & suaranya memang cukup baik. Apa yang boleh saya cakap, saya cukup terpesona apabila bekerja dengan beliau”

“Tidak mustahil satu hari nanti Miley akan menjadi bintang sebesar Justin (Timberlake)”, ujar Timbaland kepada wartawan.

Pada kami, Miley Cyrus ada pakej & bakat untuk menjadi lebih besar, tetapi meletakkan Miley Cyrus setaraf dengan Justin Timberlake agak tidak sesuai.