fbpx

Artis Berstatus Suami Orang & Pelakon Wanita Dicekup Berkhalwat?

Awal pagi ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah pada Jumaat.

Memetik Harian Metro, sumber berkata tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

Kata sumber lagi, pasangan selebriti itu yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman pelakon wanita berkenaan.

“Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat. Difahamkan pelakon lelaki itu  sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,” katanya.

Untuk rekod, selebriti lelaki itu pernah bercerai dengan isterinya namun rujuk semula. Malah. dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang.

Sementara itu, pelakon wanita yang juga adik kepada seorang selebriti itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa artis.