fbpx

Tiga Bulan Berkurung, Nelydia Senrose Seronok Dapat Berlakon Semula

Hampir tiga bulan terpaksa duduk di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Nelydia Senrose akhirnya dapat menarik nafas lega apabila dibenarkan kembali ke set penggambaran semula awal Julai lalu.

Akui perlu membiasakan diri dengan norma baharu, Nelydia berkata dia tiada masalah untuk mengikuti peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan itu.

BACA: Nelydia Senrose Disaman, Dituntut Pulang Wang RM160,000

“Tiga bulan berehat kerana PKP memang tak buat apalah. Awal bulan ini baru mula penggambaran drama untuk slot Akasia yang akan bersiaran November ini.

“Alhamdulillah seronok sangat dapat bekerja semula, banyak benda nak kena polish sebabnya dah selesa duduk rumah, jadi kekok sikit tapi dalam sama sama rasa teruja,” katanya kepada mStar Online.

Nelydia berkata dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga meskipun sudah dibenarkan bekerja semula kerana bimbang dengan bahaya jangkitan virus tersebut.

Dalam pada itu, Nelydia berkata perniagaan aksesori miliknya iaitu Nelydia Jewels semakin mendapat sambutan. Malah, sepanjang PKP juga peniagaannya tetap berjalan seperti biasa.

“Sepanjang PKP walaupun tak boleh berlakon tapi bisnes tetap berjalan macam biasa. Alhamdulillah sambutan baik dan syukur ramai yang beri sokongan.

“Seronok apabila treima maklum balas pembeli yang berpuas hati. Ini semua buatkan saya lebih bersemangat untuk menerokasi bidang perniagaan,” katanya.