fbpx

Tidak Sambung Pelajaran — Baby Shima Tumpukan Karier Menyanyi

Melihat Baby Shima, atau nama sebenarnya Ashima Yam gadis kecil molek ini yang berusia 20 tahun terus mengorak langkah dalam dunia kerjaya seni tanah air apabila muncul juara dalam pertandingan Bintang Idola ABPBH pada tahun 2010.

Menganggap kejayaannya itu adalah rezeki baginya kerana dia tidak pernah berharap untuk memenangi pertandingan itu kerana dia hanyalah sekadar mencuba nasib dan tidak menyangka rezeki menyebelahinya apabila muncul juara pada tahun 2010.

“Sebenarnya memang saya masuk pertandingan itu hanyalah orang kata suka-suka sahaja dan tak sangka pula nak menang, kerana saingannya semua hebat-hebat belaka”

Kini, dia terus mengeluarkan single pertamanya Tak Sabar lagu yang berkonsepkan happy & catchy ini sudah mula diputarkan di stesen radio tempatan sejak penghujung Disember 2010. Konsep lagu ini telah diberi ilham oleh Edry KRU.

http://www.youtube.com/watch?v=zrPLblBN4Pw

Baby Shima juga tidak berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam jangka masa yang terdekat ini kerana dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap dunia nyanyian yang sudah dijadikan sebagai kerjaya dalam hidupnya.

“Sekarang saya tidak bercadang untuk menyambung pelajaran dalam masa yang terdekat ini kerana ingin mengukuhkan dulu bidang nyanyian ini dan barulah saya akan berfikir untuk menyambung pelajaran”

Ini juga disebabkan saya sudah terlalu lama mengejar impian saya untuk menjadi seorang penghibur yang serba boleh dan dapat membantu keluarga saya,”kata Baby Shima semasa Majlis pelancaran single Tak Sabar di Neway One Utama.

Baby Shima juga akan merakamkan album solo nya tidak lama lagi dan dijangka akan ke studio rakaman pada Februari ini.