fbpx

Desas desus perkahwinan antara primadona filem Melayu, Erra Fazira dan ahli politik dan juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tular sejak tadi mendapat respon ketika dihubungi kami sebentar tadi.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar.

“Tidak betul”, katanya yang menafikan khabar angin yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ini sudah bernikah dengan pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira.

Dakwaan tersebut adalah tidak benar sekaligus menafikan khabar angin yang tersebar sejak pagi tadi.

Gosip panas yang dibangkitkan seorang pengguna Twitter, abam_kumis yang mendakwa pelakon jelita itu kini bergelar isteri kedua Menteri berkenaan mendapat pelbagai respon dari netizen malah ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada pelakon terbabit.

“Dengar khabar, Erra Fazira sudah menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik. Isteri pertama tahu tidak?” tulis pengguna Twitter terbabit.

Dalam pada itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, turut tampil menjawab dakwaan tersebut menerusi satu perkongsian di Instagramnya baru-baru ini.

“Tak habis-habis cerita pasal kahwin.

“Orang suka bercakap, biar mereka seronok melakukannya,” tulis pelakon Maria Mariana itu.