fbpx

Tidak Berjaya di Shout! Awards: Siti Nurhaliza Raih Artis Paling Popular

Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah buat Siti Nurhaliza yang memenangi anugerah Artis Serantau Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009) tempoh hari.

Walaupun kemenangan artis Indonesia mendominasi APM kali ini, namun kemenangan Siti Nurhaliza sebagai artis paling popular merupakan kemenangan moral buat Malaysia. (Bak kata Barisan Nasional)

Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor di Shout! Awards 2009 dalam kategori Best Vocal. Tidak mengapa, beri ruang kepada generasi baru. Siti Nurhaliza juga menang anugerah Artis Malaysia Paling Popular di APM 2009.

Selain Siti Nurhaliza, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.