Lama tak dengar cerita tentang Iqbal Zulkefli, baru-baru ini usahawan sensasi itu ada memuat naik gambar bersama aktres meningkat naik, Wafariena Roslan di Instagram miliknya.
Difahamkan, Iqbal memuat naik beberapa gambar bersama Wafariena ketika digandingkan bersama menerusi sebuah telemovie Pok Yie.
BACA: Ajar Pembantu Rumah Solat Sambil Pegang Penyapu, Iqbal Zulkefli Dikecam
View this post on Instagram
Menerusi entri itu, Iqbal turut menulis kapsyen dia kehilangan kata-kata untuk diungkapkan serta bertanyakan siapa yang boleh membantunya.
Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan usahawan itu dengan Wafariena dilihat sepadan dan sesuai untuk menjadi pasangan.
Malah, ada netizen meminta kedua-dua mereka segera berkahwin apatah lagi masing-masing masih belum berpunya dan sememangnya secocok.