fbpx

Nak Dedah Sisi Gelap ‘Cikgu’, Netizen Muak Dengan Caprice

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai Cikgu Fadli yang bakal dikenakan tindakan dibuang kerja serta turun pangkat gara-gara bersikap lantang mengenai isu silibus pelajaran di sekolah serta masalah beg berat.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi rap Caprice yang cuba untuk mengulas mengenai itu tersebut. Namun, ianya ditolak secara baik oleh Cikgu Fadli.

BACA: Cikgu Fadli Mohon Maaf Pada Caprice

Bagaimanapun, Cikgu Fadli sudah pun tampil memohon maaf serta menjelaskan mengenai kenyataannya itu serta memberitahu dia enggan ada campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk ahli politik dalam halnya itu.

Terbaru, seorang pengguna Facebook ada memuat naik status dimuat naik oleh Caprice di Insta Story meminta individu tampil memohon maaf sebelum pasukannya melakukan kerja risikan mengenai sisi gelap individu berkenaan.

Dalam satu lagi status lain, Caprice memberi bayangan ada seorang guru yang membuat jenaka secara terbuka mengenai pakaian dalam terhadap kanak-kanak.

Perkongsian pengguna Facebook itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa muak dengan penyanyi rap itu. 

Malah, ada yang menyifatkan tindakan Caprice mahu mendedahkan rahsia seseorang media sosial seolah sedang melakukan jenayah buli siber. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perkongsian Caprice itu ditujukan kepada siapa.