fbpx

Usahawan dan pempengaruh media sosial Datin Vivy Yusof memilih untuk private akaun Instagram miliknya serta tidak lagi berkongsikan mengenai kehidupan peribadinya kepada umum.

Menerusi perkongsian di Instagram hari ini, Vivy membuat keputusan itu sempena hari lahirnya kerana ingin mengubah kebiasaan berkongsi kehidupan peribadinya kepada umum.

BACA: Vivy Yusof, Suami Yakin Dengan Sistem Kehakiman Untuk Bersihkan Nama

“Sempena hari lahir, saya melakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan iaitu menjadikan akaun media sosial saya ke mode peribadi.

“Saya menutup pintu untuk orang mengetahui tentang hidup saya kerana tiba masanya untuk saya melakukannya dengan cara yang berbeza,”tulisnya.

Sementara itu, Vivy berkata dia tidak menyesal kerana sudah terlalu banyak berkongsikan kehidupan peribadinya sebelum ini serta menganggap apa yang berlaku merupakan takdir yang perlu diterima.

“Saya telah berkongsi, malah terlalu banyak berkongsi, hampir semua bahagian kehidupan saya sama ada baik yang manis mahupun yang pahit dan saya tidak pernah menyesalinya.

“Itulah jalan yang telah ditentukan untuk saya, yang memberikan rezeki kepada keluarga saya dan banyak keluarga lain, InsyaAllah. Proudduck, terima kasih untuk segalanya, kamu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya,” tulisnya.

SUMBER: Utusan