Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof akhirnya memuat naik kenyataan selepas berdepan pertuduhan dakwaan pecah amanah membabitkandana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Menerusi satu kenyataan di Instagram, Vivy berkata dia dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar menaruh kepercayaan kepada sistem kehakiman sekaligus membersihkan nama mereka.
BACA: 11 Beg Tangan, Seutas Jam Tangan Mewah Vivy, Fadza Bernilai RM200,000 Disita
View this post on Instagram
Sementara itu, Vivy berkata dia dan suami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada mereka.
“Kami perlu mengambil sedikit masa untuk memproses apa yang telah berlaku. Susulan siasatan selama sebulan oleh SPRM, kami dimaklumkan pada hari Khamis mengenai tuduhan terhadap kami berkenaan satu transaksi pada tahun 2018.
“Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes ini, namun kami akan terus memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses ini.
“Kami percaya sistem kehakiman akan membawa penyelesaian kepada kes ini dengan harapan akhirnya dapat membersihkan nama kami,” katanya.
Khamis lalu, Vivy dan suaminya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah serta PNB berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu.