fbpx

Pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina mendedahkan pernah menerima tawaran berlakon di Hollywood namun terpaksa menolak peluang tersebut.

Menurut Tiara, dia terpaksa menolak kerana babak-babak yang kurang sesuai dengan budaya orang Asia menjadi faktor utama dia melepaskan tawaran berkenaan.

“Sejujurnya memang ada ejen yang panggil untuk uji bakat watak orang Asia yang kita tengok sekarang. Tahun ni ada, tahun lepas pun ada, filem yang baru keluar pun ada tapi saya tak nak beritahu tajuk. Kalau 10 atau 20 tahun dahulu mungkin saya dah merasa berlakon filem Hollywood,” katanya.

Dalam pada itu, Tiara berkata dia tidak terkilan dengan keputusan yang dilakukannya itu sebaliknya bimbang jika ada adegan babak cium dalam filem berkenaan yang sememangnya bertentangan dengan budaya.

“Sebenarnya tidak semudah seperti kita bayangkan sebab kadang-kadang budaya kita, saya ini old fashion sikit. Saya terfikir kalau ada babak suruh cium takkan saya nak cakap tak boleh buat. I don’t do kissing. Mungkin itu jaga jadi penghalang, namun ,” katanya.